English

PROJEK TERKINI

gunakan kekunci panah untuk melayari projek terkini
PROJEK TERDAHULU

gunakan kekunci anak panah untuk melayari projek terdahulu
PENGUMUMAN
PEMBANGUNAN TANAH SIMPANAN
“Kumpulan menjemput semua pemilik tanah dan ejen hartanah untuk memberi tawaran di lokasi strategik sekitar Lembah Klang untuk dibangunkan

Kami mencari tanah yang baru untuk menambah simpanan tanah kami di Divisyen Pembangunan Hartanah.

Sila dapatkan maklumat yang kami perlukan supaya memudahkan pemilik tanah untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Maklumat berikut hanya sebagai garis panduan sahaja.

Sila hubungi kami atau berjumpa dengan wakil kami untuk maklumat lanjut. Sila hubungi pejabat besar kami di Kajang, (03) 8737-1111 atau Dzulkeflee Khairuddin (019) 232 0081 atau Anita (013) 616 4377 ntuk maklumat lanjut. Anda boleh juga e-mel kami di info@fairview.com.my

Lokasi Saiz jenis Kategori Sekatan
  • Tertumpu di Kawasan Lembah Klang
  • Berdekatan dengan projek lepas kami di Semenyih, Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Shah Alam. Petaling Jaya dan Kelana Jaya
  • 15-30 ekar di pinggiran Lembah Kelang.
  • Kurang daripada 5 ekar dalam pusat Lembah Klang.
  • Lebih 30 ekar hanya untuk usaha sama.
  • Pegangan Bebas.
  • Pegangan sementara ≥ 75 tahun.
  • Selain dari yang atas hanya boleh dipertimbangkan untuk Perjanjian Usaha Sama.
  • Jenis bangunan diberi keutamaan.
  • Jenis agrikultur atau mana-mana jenis boleh diterima merujuk kepada kebenaran pihak pengurusan.
  • Hanya sekatan yang boleh diterima.
  • Sekatan lain boleh diterima merujuk kepada kebenaran pihak pengurusan.
  • Senarai Semakan Piawaian Tanah
    A. Hartanah
    1. Tanah Persendirian
    1. Plan lokasi tanah mengikut helaian piawaian.
    2. Laporan ringkas tentang lokasi tanah dan persekitaran.
    3. Salinan menunjukkan nombor geran, nombor lot, alamat, kegunaan tanah,kawasan tanah dan pemilik berdaftar.
    4. Salinan pelan Akui (jika ada).
    5. Salinan sijil carian tanah terkini (jika ada).
    6. Surat permohonan penggabungan tanah jika pemilik sedang dalam proses untuk memohon penggabungan tanah.
    7. Surat permohonan penukaran syarat tanah jika pemilik tanah di dalam proses untuk memohon penukaran syarat tanah.
    8. Surat pertukaran jika disahkan oleh pihak berkuasa.
    9. Borang 5A yang menunjukkan bayaran premium tanah.
    10. Resit menunjukkan premium tanah baru dibayar oleh pemilik tanah.
    1. Tanah Milik Kerajaan
    1. Surat daripada pihak berkuasa yang menyatakan tanah tersebut telah doberimilikan kepada pemilik.
    2. Rancangan penyekatan/keperluan/sekatan.
    3. Resit menunjukkan premium tanah baru dibayar oleh pemilik tanah.
    4. Surat sokongan menunjukkan pemilik sedang memohon untuk melanjutkan masa untuk pembayaran premium tanah.
    5. Pelan susur atur yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa dan lampirkan bersama surat pengesahan.
    B. Perancangan (Pihak Berkuasa Tempatan)
    1. Zon tanah (kediaman, industri, komersil dan agrokultur).
    2. Jenis pembangunan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk tanah tersebut.
    3. Nisbah plot yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
    4. Salinan pelan zon pembangunan daripada pihak berkuasa.
    5. Salinan laporan EIA (jika ada).
    6. Salinan pelan kontur (jika ada).
    7. Salinan surat arahan pembangunan daripada pihak berkuasa (jika ada).
    8. Salinan susun atur atur yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa (jika ada).
    9. Salinan pelan pra-siap yang telah diluluskan pihak berkuasa (jika ada).
    10. Salinan pelan bangunan yang telah diluluskan (jika ada).
    C. Maklumat Lain
    1. Laporan ringkas yang lengkap tanah (lebuhraya, jalan utama, jenis), laluan akses ke tanah, keadaan tanah, bandar terdekat dan kemudahan dan perkhidmatan berdekatan dengan kawasan.
    2. Nilai pasaran semasa tanah persekitar
    3. Salinan LCP (Laporan Cadangan Pembinaan)
    4. Sambungan utiliti (air, elektrik, telefon dan pembentungan)
    5. Tempat pelepasan air utama.
    6. Salinan lengkan Perjanjian Usaha Sama jika pihak lain terlibat dalam cadangan pembangunan atau pemilik menandatangani perjanjian dengan pemaju lain.
    7. Maklumat lengkap tentang syarikat (Borang 9, Borang 24, Borang 49) jika tanah didaftarkan atas nama syarikat. Maklumat lengkap tentang pemegang saham jika pemegang saham kepada pemilik tanah tersebut adalah sebuah syarikat.
    D. Maklumat Pemasaran (jika ada)
    1. Perancangan pembangunan tanah dan jumlah unit.
    2. Jenis produk dan menunjukkan kawasan binaan
    3. Harga yang dianggarkan untuk setiap produk.
    4. Kebolehpasaran dan persekitaran dalam laporan pasaran.
    5. Harga pasaran semasa hartanah sekitar.
    E. Kajian Lain (jika ada)
    1. Kajian kesan trafik.
    2. Kajian rawatan cerun.
    3. Ujian tanah.
    4. Laporan penilaian tanah.
    Intro | Halaman Utama | Tentang Kami | Falsafah | Visi & Misi | Objektif Utama & Nilai | Teras | Kekuatan Kumpulan | Ahli Gabungan & Ahli Bersekutu
    Pembangunan Hartanah | Pengurusan Hartanah| Pembinaan & Kejuruteraan | Perkilangan | Projek Terkini | Projek Terdahulu
    Struktur Organisasi | Perkhidmatan Korporat Kumpulan | Pelaburan Tanah Kumpulan & Perancangan | Operasi | Peluang Pekerjaan | Pautan
    Log Masuk Staff | Berita | Testimoni | Tanda Buku Kami | Sebar pada Kawan | E-Surat Berita Percuma | Pertanyaan | Hubungi Kami