English

PROJEK TERKINI

gunakan kekunci panah untuk melayari projek terkini
PROJEK TERDAHULU

gunakan kekunci anak panah untuk melayari projek terdahulu

PERKHIDMATAN UTAMA
DIVISYEN PEMBANGUNAN HARTANAH
“membina rumah masa hadapan

Divisyen Pembangunan Hartanah adalah divisyen utama yang menguruskan sumber tanah, mendapatkan kelulusan, pembinaan hartanah, menjual dan menyerahkan produk siap. Terdapat beberapa tahap utama yang harus dilalui pemaju untuk pembinaan kepada pelanggan. Pengalaman luas kami dalam pembangunan hartanah membolehkan kami memberikan perkhidmatan untuk individu dan syarikat yang berminat dalam perniagaan pembangunan hartanah.

Lihat rekod projek terkini kami
Lihat rekod projek terdahulu dalam pembangunan hartanah
Lihat garis panduan bakal pembeli

Aktiviti pembangunan hartanah bermula dari pengenalpastian projek dan konsep projek sehingga projek sedia untuk dibina, disiapkan dan diserahkan pada klien. Antara perkhidmatan kami dalam divisyen pembangunan hartanah adalah seperti berikut:

Kajian Projek
“ Kajian Projek adalah aspek kritikal dalam aktiviti pembangunan sama ada projek boleh dijalankan

Kami akan menilai secara menyeluruh kebolehlaksanaan projek berdasarkan konsep pembangunan dan kebolehpasaran produk klien. Ini boleh dikenalpasti dengan projeksi kos keseluruhan pembangunan dan pulangan dalam pelaburan. Kami juga mempunyai kepakaran dalam aspek kewangan dan pentadbiran projek. Kami boleh menawarkan bantuan kewangan dan kertas kerja untuk institusi kewangan. Sub-komponen untuk kajian projek adalah seperti berikut:

Taksiran dan ulasan tanah
Taksiran persediaan projek
Kajian kebolehpasaran projek
Pelaksanaan, pengurusan dan pengawalan projek
Pengurusan alir tunai dan kewangan projek


Project study
Pakar Runding Projek
“ Pakar Runding Projek dijalankan selepas klien meluluskan konsep pembangunan dan bersedia untuk memulakan projek

Pakar runding projek biasanya fokus pada bahagian kewangan dan pentadbiran. Penubuhan Kumpulan kami dan pengalaman kami yang lama berkecimpung dalam pembangunan hartanah boleh memberi klien kami nasihat dalam pengurusan kewangan untuk membuat keputusan. Kami mempunyai kepakaran dalam pembangunan Rizab Tanah Melayu, penswastaan dan usaha sama. Salah satu komitmen kami adalah memajukan Rizab Tanah Melayu supaya nilainya meningkat. Sub-komponen untuk pakar runding projek adalah seperti berikut:

Kajian kebolehpasaran projek
Pelaksanaan, pengurusan dan pengawalan projek
Pengurusan alir tunai dan kewangan projek


Project consultancy
Project management Pengurusan Projek
“ Pengurusan Projek adalah proses operasi dalam mengurus projek sehingga siap mengikut pelan yang diluluskan klien

Kami boleh mengurus pembangunan projek atas dasar usaha sama (Joint Venture). Keseluruhannya, pemilik tanah adalah benifisiari projek. Kami bertindak sebagai pakar runding projek untuk memastikan keseluruhan projek berjaya. Daripada pemasaran ke pengawalan kredit dan ke penyeliaan projek, kami mempunyai sumber untuk memastikan setiap projek berjaya. Sub-komponen untuk perkhidmatan pengurusan projek adalah seperti berikut:

Pelaksanaan, pengurusan dan pengawalan projek
Pengurusan alir tunai dan kewangan projek


Project development PEMBANGUNAN PROJEK
“ Pembangunan Projek adalah kombinasi daripada kajian, pakar runding dan pengurusan projek

Kami mempunyai kepakaran dan sumber mencukupi untuk sepanjang pembangunan projek. Ini memudahkan kami apabila klien tidak berminat untuk terlibat dalam operasi projek. Keuntungan klien berdasarkan kadar yang dipersetujui. Kami mempunyai banyak model, formula dan kaedah-kaedah untuk menjalankan pembangunan projek. Sub-komponen untuk perkhidmatan pembangunan projek adalah seperti berikut:

Taksiran dan ulasan tanah
Taksiran persediaan projek
Kajian kebolehpasaran projek
Pelaksanaan, pengurusan dan pengawalan projek
Pengurusan alir tunai dan kewangan projek
Pembahagian keuntungan dan pelaburan semula projek

Klik sini atau rajah untuk paparan kitaran hidup pembangunan.
Intro | Halaman Utama | Tentang Kami | Falsafah | Visi & Misi | Objektif Utama & Nilai | Teras | Kekuatan Kumpulan | Ahli Gabungan & Ahli Bersekutu
Pembangunan Hartanah | Pengurusan Hartanah| Pembinaan & Kejuruteraan | Perkilangan | Projek Terkini | Projek Terdahulu
Struktur Organisasi | Perkhidmatan Korporat Kumpulan | Pelaburan Tanah Kumpulan & Perancangan | Operasi | Peluang Pekerjaan | Pautan
Log Masuk Staff | Berita | Testimoni | Tanda Buku Kami | Sebar pada Kawan | E-Surat Berita Percuma | Pertanyaan | Hubungi Kami