English

PROJEK TERKINI

gunakan kekunci panah untuk melayari projek terkini
PROJEK TERDAHULU

gunakan kekunci anak panah untuk melayari projek terdahulu
STRUKTUR KORPORAT
OPERASI
“memupuk sumber manusia dalam dan luar organisasi untuk memacu perniagaan Kumpulan

Kumpulan Fairview sentiasa percaya dalam kepentingan seseorang dalam memastikan jangka hayat organisasi.

Kumpulan Fairview beroperasi dengan struktur yang cekap. Struktur organisasi yang mendatar dan kami berkerja dalam sistem matriks.

Latihan adalah penting begitu juga kemajuan berterusan yang diterapkan dalam organisasi.

Operation
PENGARAH
THM
Datuk Muztaza Mohamad, PMW, SSA, CA(M), FCMA, CGMA
Datuk Haji Muztaza bin Haji Mohamad adalah Fellow untuk Chartered Management Accounts (CIMA) dan ahli kepada Institut Akaun Malaysia. Beliau juga pegawai bukan suruhanjaya untuk Askar Malaysia.

Beliau bekerja sejak 1977 sebagai akauntan pengurusan kos dalam Syarikat Jengka Sdn Bhd, sebuah kompleks menyatupadukan kayu yang dibiayai oleh Bank Dunia.

Kemudian, beliau menyertai Shah Alam Properties, sebuah syarikat pembangunan hartanah dan menceburi bidang korporat dan menjadi Pengawal Projek.

Pada tahun 1984, beliau meninggalkan Shah Alam Properties dan memulakan Fairview Development Sdn Bhd dan seterusnya Kumpulan Fairview

AMAI
Abdul Monir bin Haji Awang Isa
Haji Abdul Monir bin Haji Awang Isa memulakan kerjaya beliau sebagai setiausaha peribadi kepada Y.A.B Menteri Besar Selangor pada tahun 1969.

Pada tahun 1974 beliau adalah Timbalan Pegawai Kewangan negeri Selangor dan dinaikkan pangkat kepada Pembantu Setiausaha negeri Selangor (Pentadbiran dan Kewangan).

Pada 1979 beliau berpindah ke daerah Sepang dan menjadi pegawai daerah Sepang Selangor, Yang Dipertua Majlis Daerah Sepang, Selangor.

Beliau menyertai INTAN (Institut Pentadbiran Awam Negara) pada 1982 menjalani kursus Pengurusan Sains untuk setahun dan berpindah ke Persekutuan sebagai ketua unit Perkhidmatan Pengurusan Kementerian Perusahaan Awam.

Pada 1984 beliau meninggalkan khidmat kerajaan dan menyertai sektor swasta.

YYS
Yap Yoon Soong
Beliau adalah graduan dari Universiti Kebangsaan Taiwan dalam Kejuruteraan Awam.

Beliau menceburi bidang pembinaan sejak 1980. Beliau bermula dengan AK Construction Sdn Bhd sebagai seorang jurutera. Dalam beberapa tahun beliau terlibat dalam projek pembiayaan jutaan ringgit dengan klien yang berlainan latar belakang.

Beliau menyertai Kumpulan Fairview pada 1989 sebagai Pengurus Projek. Beliau terlibat dalam banyak projek pembinaan awam dan struktur dengan Kumpulan dan projek berjaya disiapkan tepat pada masanya. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif untuk Fairview Engineering pada tahun 2000 hingga kini.

JANET
Janet Ng Lay Ngor
Beliau adalah graduan dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya industri kotak beralun pada 1988.

Pengetahuan beliau yang luas dan latar belakang pendidikan membolehkan beliau menceburi dunia korporat. Pada tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pengurus Cawangan untuk Interstate Packages Sdn Bhd.

Beliau menyertai Kumpulan Fairview pada tahun 1993 sebagai Pengurus Pemasaran. Beliau dilantik sebagai Pengarah Pemasaran untuk Fairview Industries Sdn Bhd pada tahun 1996 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutif sehingga kini.

PEGAWAI UTAMA
Dzulkeflee bin Khairuddin, BSc(Hons), CA(M), ACMA, CGMA
PENGURUS BESAR KUMPULAN
Beliau adalah graduan dari Universiti East Anglia UK dalam perakaunan. Beliau juga seorang ahli untuk Chartered Management Accounts (CIMA) UK.

Beliau memulakan kerjaya pertama sebagai juruaudit di UK pada 1995. Sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan, beliau adalah Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan.

Beliau terlibat dalam pengurusan strategik dan operasi korporat dalam Kumpulan. Kepakaran beliau adalah dalam belanjawan dan prestasi korporat, pengurusan korporat, kewangan, risiko strategik, undang-undang, sumber manusia dan ICT.

Kini beliau menguruskan pembangunan perniagaan Kumpulan dan Pengurusan Strategik.

Yusrenawati binti Mohd Yusof
KETUA PERKHIDMATAN KORPORAT KUMPULAN
Beliau graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam perakaunan.

Sebelum ini beliau terlibat dengan syarikat pakar runding maritim, minyak dan gas. Beliau juga berpengalaman dalam bidang pengiklanan dan akaun syarikat pembinaan.

Beliau telah bersama Kumpulan Fairview sejak 2007 dan kini mengetuai Divisyen Perkhidmatan Korporat Kumpulan.

Intro | Halaman Utama | Tentang Kami | Falsafah | Visi & Misi | Objektif Utama & Nilai | Teras | Kekuatan Kumpulan | Ahli Gabungan & Ahli Bersekutu
Pembangunan Hartanah | Pengurusan Hartanah| Pembinaan & Kejuruteraan | Perkilangan | Projek Terkini | Projek Terdahulu
Struktur Organisasi | Perkhidmatan Korporat Kumpulan | Pelaburan Tanah Kumpulan & Perancangan | Operasi | Peluang Pekerjaan | Pautan
Log Masuk Staff | Berita | Testimoni | Tanda Buku Kami | Sebar pada Kawan | E-Surat Berita Percuma | Pertanyaan | Hubungi Kami