English

PROJEK TERKINI

gunakan kekunci panah untuk melayari projek terkini
PROJEK TERDAHULU

gunakan kekunci anak panah untuk melayari projek terdahulu

PERKHIDMATAN UTAMA
DIVISYEN PENGURUSAN HARTANAH
“Penyelesaian pengurusan hartanah anda

Divisyen Pengurusan Hartanah adalah divisyen yang mengutamakan pengurusan hartanah. Apabila pembangunan hartanah berstrata dan pembangunan berget dibangunkan, sebuah syarikat pengurusah hartanah akan dilantik untuk mengawasi harta milik bersama dan kemudahan yang dikongsi untuk pembangunan yang ditetapkan.
Pakar Runding Pengurusan Hartanah
“ Pakar Runding Pengurusan Hartanah amat penting setelah projek siap. Pengetahuan yang menyeluruh dalam pengurusan hartanah diperlukan untuk memastikan nilai bangunan akan meningkat

Interaksi, perkhidmatan yang baik dan respon perkhidmatan yang pantas adalah faktor-faktor untuk perkhidmatan pengurusan hartanah berjaya. Pengurusan hartanah telah menjadi kebiasaan untuk semua bangunan bertingkat tinggi dan ini memerlukan pengurusan baru untuk mengendalikannya.
Konsep pengurusan tidak sama seperti pembangunan projek.
Kami mempunyai sejarah yang terbukti dalam pembangunan hartanah dan rekod yang baik dalam menguruskan projek kami sendiri. Kami boleh menawarkan kaedah dan sistem kami untuk klien atau untuk mengurus sebahagian fungsi perkhidmatan pakar runding pengurusan seperti berikut:

Taksiran dan ulasan tanah
Taksiran persediaan projek
Kajian kebolehpasaran projek
Pelaksanaan pengurusan projek


Management consultancy
Pakar Runding Reka Bentuk Projek
“ Pihak pemaju memberi perhatian akan nilai estetik reka bentuk bangunan samada berkompromi dengan kos penyenggaraan terutama untuk pangsapuri, kompleks pejabat dan reka bentuk kondominium

Pakar Runding Reka Bentuk Projek adalah bidang baru dalam pengurusan projek. Kami akan menilai projek berdasarkan cadangan pembangunan. Cadangan juga termasuk kelebihan dan kekurangan mana-mana bangunan dan risiko yang dikaitkan dengan pengurusan kompleks bangunan.
Kami menawarkan perkhidmatan pengurusan kompleks oleh kami sendiri atau menawarkan pandangan pakar dan sumber kami untuk membina pejabat pengurusan hartanah. Kami boleh memperbaiki dengan penilaian reka bentuk dan kemudahan yang boleh digunakan sepanjang projek.
Kami boleh memberikan bantuan untuk memastikan pemaju tidak berakhir dengan kos penyenggaraan yang boleh membahayakan nilai hartanah pemilik. Sub-komponen untuk khidmat pakar runding reka bentuk hartanah seperti berikut:

Persediaan kajian reka bentuk projek
Laporan selepas reka bentuk projek pembinaan
Cadangan reka bentuk projek


Design consultancy
Real estate agency Agensi Hartanah
“ Agensi Hartanah adalah bidang baru yang kami ingin dahului. Kami tertumpu pada hartanah jenis kondominium dan kawasan sekitar Lembah Klang.

Kami mempunyai cara untuk pelupuskan unit kondominium. Kami akan menilai dan memberi nasihat untuk mendapatkan harga terbaik untuk anda. Kami akan memastikan anda mendapat nilai yang terbaik dari yang lain. Sub-komponen untuk perkhidmatan agensi hartanah adalah seperti berikut:

Mendaftarkan hartanah untuk jualan
Soalan lazim untuk penjualan hartanah


Property management future Masa Depan Pengurusan Hartanah
“ Peranan Pengurusan Hartanah adalah masa depan untuk pembangunan hartanah di Malaysia

Pengurusan Hartanah akan menjadi keutamaan kerana negara makin membangun. Lebih banyak bangunan baru akan dibina dan semua bangunan ini memerlukan pengurusan profesional. Pada masa hadapan pengurusan hartanah bukan sahaja tertumpu pada kepuasan pengguna dan penyenggaraan tetapi juga kemantapan pengurusan. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan penting untuk memastikan bangunan bernilai dan memainkan peranan yang baik untuk penghuni bangunan.
Intro | Halaman Utama | Tentang Kami | Falsafah | Visi & Misi | Objektif Utama & Nilai | Teras | Kekuatan Kumpulan | Ahli Gabungan & Ahli Bersekutu
Pembangunan Hartanah | Pengurusan Hartanah| Pembinaan & Kejuruteraan | Perkilangan | Projek Terkini | Projek Terdahulu
Struktur Organisasi | Perkhidmatan Korporat Kumpulan | Pelaburan Tanah Kumpulan & Perancangan | Operasi | Peluang Pekerjaan | Pautan
Log Masuk Staff | Berita | Testimoni | Tanda Buku Kami | Sebar pada Kawan | E-Surat Berita Percuma | Pertanyaan | Hubungi Kami