English

PROJEK TERKINI

gunakan kekunci panah untuk melayari projek terkini
PROJEK TERDAHULU

gunakan kekunci anak panah untuk melayari projek terdahulu

PERKHIDMATAN UTAMA
DIVISYEN PERKILANGAN
“penyelesaian pembungkusan anda

Divisyen Perkilangan adalah tunggak perkilangan dalam Kumpulan. Divisyen ini telah dipersiapkan untuk menggunakan pengetahuan dan kepakaran dalam kos pengurusan dan kawalan. Syarikat ini bermula dari kilang kecil hingga menjadi syarikat yang mendapat pengiktirafan ISO.

Pengaplikasian kotak beralun sebagai bahan pembungkusan telah digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia. Ia lebih murah dan selamat berbanding kaedah lain kerana kesan minima terhadap alam sekitar, fleksibel, mudah untuk dihasilkan dan boleh dikitar semula. Berbanding dengan polisterina yang tidak boleh urai dan boleh menghasilkan gas beracun bila dibakar, kotak beralun adalah alternatif lebih baik untuk pembungkusan anda.

Sila hubungi kilang kami di (03) 9021-3285 atau fax kami (03) 9021-2750 untuk sebut harga yang terkini untuk pembungkusan anda. Atau hubungi pegawai jualan dan pemasaran kami di (016) 207-3630 (Abdul Razak Mohamad), (016) 211-3630 (Mohd Termizi Yusof) Atau (016) 613-3630 (Mohamad Sibli Saibi) untuk enkuiri berkenaan pembungkusan atau penyelesaian pembungkusan.

Perkhidmatan kami adalah seperti berikut:
Mengenal Pasti Keperluan Pembungkusan
“ Kami memberikan perkhidmatan nilai bertambah untuk pelanggan kami dengan menawarkan reka bentuk pembungkusan kami dan pakar runding mengikut keperluan pembungkusan anda

Untuk pengilang baru,kami boleh memberikan bantuan dalam keperluan pembungkusan anda berdasarkan produk anda. Kami akan menilai keperluan pembungkusan dan memastikan pembungkusan berkos rendah untuk perniagaan anda.
Identification of packing needs
Reka Bentuk Dan Pembuatan Sampel
“ Kami boleh membantu mereka bentuk pembungkusan berdasarkan keperluan pasaran anda dalam atau luar negara

Ingin rekaan pembungkusan untuk produk terkini anda? Kami boleh memberikan nasihat untuk reka bentuk pembungkusan anda untuk memastikan ianya sesuai dengan imej korporat anda dan sasaran pembeli dan pada masa yang sama memastikan produk akhir anda adalah selamat dan terjamin untuk dihantar kepada pelanggan.
Designing and sample making
Inventory management Pengurusan Inventori
“ Kami boleh berikan penyelesaian tanpa membazir ruang stor anda

Anda boleh menggunakan konsep JIT (Just In Time) kami dimana kami boleh membantu berdasarkan permintaan keperluan perkilangan anda. Anda boleh mengurangkan kos penyimpanan dan keperluan untuk ruang dalam gudang.
Distribution and logistics studies Kajian pengagihan dan logistik
“ Kami boleh menasihati keperluan pembungkusan anda berdasarkan keperluan agihan dan logistik

Ingin meluaskan kawasan pengagihan produk anda? Kami boleh memberikan penilaian tahap kekuatan dan kelemahan pembungkusan anda supaya anda boleh menghantar produk dengan selamat dan murah.
Intro | Halaman Utama | Tentang Kami | Falsafah | Visi & Misi | Objektif Utama & Nilai | Teras | Kekuatan Kumpulan | Ahli Gabungan & Ahli Bersekutu
Pembangunan Hartanah | Pengurusan Hartanah| Pembinaan & Kejuruteraan | Perkilangan | Projek Terkini | Projek Terdahulu
Struktur Organisasi | Perkhidmatan Korporat Kumpulan | Pelaburan Tanah Kumpulan & Perancangan | Operasi | Peluang Pekerjaan | Pautan
Log Masuk Staff | Berita | Testimoni | Tanda Buku Kami | Sebar pada Kawan | E-Surat Berita Percuma | Pertanyaan | Hubungi Kami